Klinik Perubatan Primakasih Temu janji
Menu

Perkhidmatan & harga panduan

Penjagaan keluarga, disusun mengikut keperluan

Dari demam harian hingga saringan menyeluruh, dikendalikan oleh doktor berdaftar di Yan dan Alor Setar. Setiap laluan bermula dengan penilaian doktor, bukan terus beri rawatan.

Dengar dahuluDoktor nilai dahuluHarga panduan yang jelas

Pilih mengikut keperluan

Perkhidmatan klinik, disusun supaya senang dicari

Tak pasti laluan mana? WhatsApp ringkas tentang keadaan anda; team membantu menyusun langkah pertama.

Rawatan harian

Pemeriksaan doktor untuk gejala biasa, luka dan pergerakan.

Ujian & imbasan

Saringan dan pengimejan yang diterangkan oleh doktor.

Program & prosedur

Pelan bermula dengan penilaian, bukan janji hasil.

Penjagaan di rumah

Untuk pesakit yang sukar datang ke klinik dan keadaan bukan kecemasan.
Cuci luka semasa lawatan ke rumah
  • Doktor ke rumahDari RM150

    Lawatan di Alor Setar, Yan dan kawasan sekitar, tertakluk semakan jarak serta ketersediaan doktor.

    Jumlah caj disahkan sebelum doktor bergerak.

Dua cawangan di Kedah

Pilih lokasi yang dekat dengan keluarga

Waktu di bawah datang daripada jadual cawangan. Status dibuka secara langsung berdasarkan jam pelawat.

Yan

Setiap hari · 8 pagi–11 malam

Klinik Perubatan Primakasih Yan

3 & 4, Jalan 1, Taman Awana, 06900 Yan, Kedah

Setiap hari · 8 pagi–11 malam

4.8★ · 373+ ulasan Google setakat Ogos 2026

Alor Setar

Sabtu–Khamis · 9 pagi–10 malam · Tutup Jumaat

Klinik Perubatan Primakasih

237-GF, Lorong Peremba 1, Taman Anggerik 2, 05050 Alor Setar, Kedah

Sabtu–Khamis · 9 pagi–10 malam · Tutup Jumaat

5.0★ · 302+ ulasan Google setakat Ogos 2026

Soalan lazim

Sebelum anda datang

Maklumat ringkas tentang harga, cawangan dan cara menempah.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan Primakasih?

Rawatan am, ujian darah, pengurusan berat di bawah doktor, sakit lutut, rawatan luka, housecall, sunat bermusim dan ultrasound di kedua-dua cawangan. X-ray di Yan sedang diselenggara. Semua perkhidmatan klinikal dikendalikan oleh doktor berdaftar.

Berapa kos perkhidmatan ini?

Panduan: rawatan am dari RM40; ujian darah Lite RM75 · Core RM115 · Pro RM175 · Max RM215; lutut Dari RM80–500*; luka Dari RM40–150*; housecall Dari RM150; sunat RM198 + deposit RM50. Harga panduan (floor). Jumlah tepat selepas penilaian doktor. *bergantung laluan rawatan.

Bilakah khidmat sunat dibuka?

Khidmat sunat dibuka secara bermusim, biasanya ketika cuti sekolah. WhatsApp untuk tarikh dan slot semasa.

Di cawangan mana perkhidmatan ini tersedia?

Primakasih mempunyai cawangan di Yan dan Alor Setar, Kedah. Sesetengah perkhidmatan bergantung pada cawangan dan ketersediaan, jadi sahkan pilihan anda melalui WhatsApp.

Bagaimana untuk membuat temujanji?

WhatsApp 011-3530 1469 dan sebut perkhidmatan serta cawangan pilihan. Walk-in untuk rawatan am biasanya diterima dalam waktu operasi.

Adakah perlu penilaian doktor dahulu?

Ya. Doktor menilai keadaan dan kesesuaian sebelum rawatan, prosedur atau pakej diputuskan.

Tak pasti servis mana?

Ceritakan ringkas. Kami bantu cari langkah pertama.

Beritahu gejala atau keperluan, umur pesakit dan cawangan pilihan. Jangan masukkan dokumen atau maklumat sensitif dalam mesej pertama.