Prosedur kecil · nilai dahulu
Benjolan, bisul atau kuku cekam? Doktor nilai dahulu.
Beberapa masalah kulit, kuku dan luka boleh dirawat melalui prosedur kecil di klinik. Doktor memeriksa dahulu, menerangkan pilihan dan penjagaan selepasnya, serta merujuk ke hospital jika prosedur lebih sesuai dibuat di sana.
Maklumat yang anda hantar hanya digunakan oleh pasukan Primakasih untuk mengatur rawatan. Kongsi maklumat asas dahulu; butiran kesihatan boleh dibincang terus dengan doktor. Dasar Privasi →
- Nilai dahulu
- sebelum prosedur
- Bius setempat
- jika perlu
- Caj disahkan
- sebelum rawatan
Bila elok dinilai
Masalah yang biasa dibawa untuk prosedur kecil
Benjolan atau sista pada kulit
Benjolan yang membesar, mengganggu atau berubah rupa elok diperiksa doktor.
Bisul atau abses
Bengkak bernanah yang sakit mungkin perlu dikeluarkan nanahnya selepas dinilai.
Kuku cekam
Kuku cekam, atau kuku masuk isi, berlaku apabila tepi kuku tumbuh ke dalam isi jari sehingga sakit, merah atau bernanah.
Luka yang perlu dijahit
Luka terbuka yang bersih dinilai sama ada perlu dijahit atau ditutup dengan gam kulit.
- Pendarahan yang tidak berhenti selepas ditekan
- Luka yang dalam, besar atau dengan objek tertanam
- Bisul bersama demam tinggi, atau kemerahan yang merebak cepat
- Bengkak bernanah yang besar di muka atau leher
Nilai → terangkan → prosedur → susulan
Tiada prosedur tanpa penilaian dan penerangan dahulu.
WhatsApp ringkas
Sebut jenis masalah dan cawangan pilihan. Team menyemak jadual doktor.
Penilaian doktor
Doktor memeriksa, menerangkan sama ada prosedur sesuai dibuat di klinik, dan menjawab soalan anda.
Prosedur dan penjagaan
Jika sesuai, prosedur dibuat dengan bius setempat jika perlu. Cara menjaga luka dan tarikh susulan diterangkan sebelum pulang.
Caj
- Prosedur kecil
- Disahkan selepas penilaian
Caj bergantung pada jenis dan saiz prosedur, dan disahkan sebelum rawatan.
Perkhidmatan di bawah pembedahan kecil
Prosedur kecil yang boleh dibincang
Buang ketumbuhan, sista atau benjolan kulit
Benjolan kulit yang sesuai dibuang di klinik selepas pemeriksaan. Doktor menerangkan jika sampel perlu dihantar ke makmal.
Potong dan keluarkan nanah bisul atau abses
Nanah dikeluarkan melalui hirisan kecil, kemudian luka dicuci dan dibalut.
Kuku cekam
Sebahagian kuku yang tumbuh ke dalam isi dibuang. Doktor menerangkan cara menjaga jari selepas itu.
Jahit luka atau gam luka
Luka yang bersih dicuci dan ditutup dengan jahitan atau gam kulit, mengikut jenis luka.
Buang jahitan
Jahitan dibuang pada masa yang dimaklumkan oleh doktor.
Biopsi kulit
Sampel kecil kulit diambil untuk diperiksa di makmal apabila doktor perlu mengesahkan punca sesuatu perubahan kulit.
Potong kuku warga emas dan pesakit kencing manis
Untuk yang sukar memotong kuku sendiri, atau kaki yang perlu dijaga dengan lebih berhati-hati.
Sunat lelaki
Khidmat sunat untuk kanak-kanak dan dewasa, dibuka secara bermusim.
Lihat khidmat sunat →Sahkan cawangan dan jadual doktor melalui WhatsApp sebelum datang.
Penjagaan berkaitan
Selepas prosedur
Luka selepas prosedur perlu dijaga dan dipantau. Jika luka lambat sembuh, doktor boleh meneruskan penjagaan melalui rawatan luka.
Pembedahan kecil — jawapan ringkas
Apa itu pembedahan kecil di klinik?
Prosedur ringkas seperti membuang sista kecil, mengeluarkan nanah bisul, merawat kuku cekam atau menjahit luka. Ia dibuat oleh doktor selepas penilaian, dengan bius setempat jika perlu.
Adakah semua benjolan boleh dibuang di klinik?
Tidak. Doktor menilai saiz, lokasi dan jenis benjolan dahulu. Jika lebih sesuai dibuat di hospital, doktor membuat rujukan.
Kuku cekam berulang — apa pilihan?
Doktor menilai keadaan kuku dan jari, kemudian menerangkan pilihan seperti membuang sebahagian kuku, serta cara menjaga kuku selepas itu.
Bila bisul perlu terus ke hospital?
Terus ke jabatan kecemasan jika ada demam tinggi, kemerahan yang merebak cepat, bengkak besar di muka atau leher, atau terasa sangat lemah.
Bila jahitan perlu dibuang?
Masa bergantung pada lokasi dan jenis luka. Doktor memaklumkan tarikhnya semasa luka dijahit.
Berapa caj?
Caj disahkan selepas penilaian doktor, sebelum prosedur. Ia bergantung pada jenis dan saiz prosedur.
Di cawangan mana prosedur ini dibuat?
Sahkan cawangan dan jadual doktor melalui WhatsApp sebelum datang.
Bagaimana untuk mula?
Hantar WhatsApp dan sebut jenis prosedur, contohnya buang sista atau kuku cekam. Team membantu menyusun penilaian.
Maklumat umum, bukan diagnosis dan tidak menggantikan konsultasi. Kesesuaian serta pelan rawatan ditentukan selepas penilaian individu.
Hantar satu mesej. Doktor nilai dahulu.
Sebut jenis masalah dan cawangan pilihan; team menyemak jadual doktor.
Maklumat yang anda hantar hanya digunakan oleh pasukan Primakasih untuk mengatur rawatan. Kongsi maklumat asas dahulu; butiran kesihatan boleh dibincang terus dengan doktor. Dasar Privasi →
Jika anda menghantar maklumat bagi pihak ibu ayah, pastikan mereka bersetuju.
Kecemasan? Hubungi 999 atau ke jabatan kecemasan hospital terdekat.