Klinik Perubatan Primakasih Temu janji
Menu

Imbas Lutut · nilai dahulu

Lutut sakit bila berjalan, naik tangga atau solat?

Perjalanan bermula dengan pemeriksaan doktor — bukan terus prosedur dan bukan janji ajaib. Pilihan konservatif, prosedur jika sesuai atau rujukan diterangkan selepas penilaian.

Dari RM80–500*
harga panduan
Imbas dahulu
pilihan selepas nilai
Doktor MMC
penilaian dahulu
Penilaian sakit lutut oleh doktor Klinik Primakasih

Bila perlu jumpa doktor

Tanda lutut patut dinilai

  • Sakit berterusan atau semakin teruk
  • Kaku, bengkak atau berbunyi bersama gejala
  • Sukar berjalan, berdiri lama, naik tangga atau solat
  • Lutut terasa tidak stabil
  • Sakit selepas tercedera atau jatuh
  • Sakit mengganggu tidur atau kerja harian

Cara ia berjalan

Imbas Lutut → pilih laluan → susulan

Tiada prosedur tanpa penilaian dan penerangan dahulu.

Sesi konsultasi penjagaan lutut di klinik
Sesi konsultasi penjagaan lutut di klinik.
  1. 01

    Hubungi dan ceritakan gejala

    Sebut tempoh sakit dan aktiviti yang susah seperti tangga, solat atau berdiri.

  2. 02

    Penilaian doktor

    Doktor memeriksa, mendengar sejarah dan menerangkan pilihan.

  3. 03

    Pilih laluan dan susulan

    Rawatan konservatif, prosedur jika sesuai atau rujukan, dengan follow-up.

Harga panduan

Imbas & rawatan lutut
Dari RM80–500*

*bergantung Imbas / conservative / suntikan (jika sesuai). Harga panduan (floor). Jumlah tepat selepas penilaian doktor. *bergantung laluan rawatan.

Laluan program

Imbas dahulu, pilih selepas itu

Imbas

Imbas Lutut

Pemeriksaan dan penerangan pilihan sebelum sebarang prosedur.

Laluan A

Konservatif

Nasihat, sokongan dan susulan tanpa prosedur dahulu.

Laluan B

Prosedur jika sesuai

Hanya dibincangkan selepas penilaian; bukan prosedur terus.

Laluan C

Siri dan susulan

Pantau respons, hadkan ulangan yang tidak sesuai dan rujuk apabila perlu.

Pilihan rawatan

Pilihan yang boleh dibincang

Pemeriksaan lutut

Doktor memeriksa dan menerangkan keadaan dahulu.

Sokongan konservatif

Pilihan luaran dan sokongan dibincangkan mengikut penilaian.

Prosedur di klinik

Jika sesuai, proses dan jangkaan diterangkan; hasil berbeza.

Rujukan pakar

Keadaan yang memerlukan pakar dirujuk ke ortopedik.

Sumber klinikal dan program

  1. ACR/Arthritis Foundation guideline for osteoarthritis

    Perbincangan rawatan berperingkat selepas penilaian.

  2. SANJO guideline: septic arthritis

    Sendi merah, panas, bengkak dan sakit kuat dengan demam memerlukan penilaian segera.

Soalan lazim

Sakit lutut — jawapan ringkas

Apa itu Imbas Lutut di Primakasih?

Temujanji penilaian sakit lutut oleh doktor berdaftar. Doktor mendengar gejala, memeriksa dan menerangkan pilihan konservatif, prosedur jika sesuai, atau rujukan.

Apa yang berlaku semasa penilaian sakit lutut?

Doktor menilai gejala, aktiviti seperti tangga, solat dan kerja berdiri, serta sejarah kecederaan sebelum membincangkan pilihan rawatan.

Apa pilihan rawatan untuk lutut sakit?

Pilihan diterangkan selepas penilaian. Kesesuaian ditentukan doktor dan bukan satu penyelesaian untuk semua orang.

Berapa lama lega selepas suntikan?

Bergantung pada jenis prosedur dan keadaan sendi. Tiada jaminan sembuh selamanya; doktor menerangkan jangkaan realistik.

Adakah sesuai untuk warga emas?

Ramai warga emas datang untuk penilaian. Doktor menentukan sama ada laluan klinik sesuai atau rujukan diperlukan.

Lutut berbunyi tetapi tidak sakit — perlu jumpa doktor?

Bunyi tanpa sakit, bengkak atau kaku selalunya tidak membimbangkan. Jika bersama gejala lain, buat penilaian.

Kenapa lutut kaku waktu pagi?

Kaku pagi yang longgar selepas bergerak ialah gejala yang doktor tanya, termasuk berapa lama ia bertahan. Maklumat itu membantu penilaian dan bukan untuk meneka diagnosis sendiri.

Sakit lutut bila naik tangga — apa maksudnya?

Sakit ketika naik atau turun tangga memberi maklumat berbeza daripada sakit ketika rehat atau berjalan rata. Sebut corak ini semasa WhatsApp dan pemeriksaan.

Lutut sakit sampai susah solat — boleh dinilai?

Boleh. Beritahu doktor pergerakan yang paling sakit seperti duduk, sujud atau bangun semula. Aktiviti harian ini memang dinilai semasa pemeriksaan.

Lutut bengkak — perlu tunggu surut?

Bengkak berulang atau tidak surut selepas beberapa hari patut dinilai. Jika ada demam dengan sendi panas dan bengkak teruk, dapatkan rawatan segera.

Berapa kos penilaian dan rawatan?

Panduan: Dari RM80–500*. *bergantung Imbas / conservative / suntikan (jika sesuai). Harga panduan (floor). Jumlah tepat selepas penilaian doktor. *bergantung laluan rawatan.

Di mana klinik Primakasih untuk rawatan sakit lutut Kedah?

Dua cawangan: Alor Setar dan Yan. Pilih semasa WhatsApp. Untuk pesakit yang sukar bergerak, housecall bukan kecemasan juga boleh ditanya.

Bagaimana untuk mula?

Hantar satu mesej WhatsApp dan sebut “Imbas Lutut” atau “penilaian sakit lutut”. Team membantu menyusun temujanji dengan doktor.

Maklumat umum, bukan diagnosis dan tidak menggantikan konsultasi. Kesesuaian serta pelan rawatan ditentukan selepas penilaian individu.

Doktor kami

Kenali insan di sebalik penjagaan.

Kenali latar pengalaman doktor sebelum menghubungi pasukan. Staf akan mengesahkan doktor, cawangan dan kesesuaian lawatan di rumah atau klinik.

Potret Dr Muhammad Hasif Bin Yusof.

Primakasih Yan

Dr Muhammad Hasif Bin Yusof

MMC 88517

Doktor berdaftar dengan pengalaman dalam pediatrik, kecemasan, perubatan am dan penjagaan kesihatan primer. Beliau menyertai Primakasih pada 2024.

Kenali doktor
Potret Dr Shahrul Fadzli Bin Abd Wahab dalam pakaian klinikal.

Primakasih Alor Setar

Dr Shahrul Fadzli Bin Abd Wahab

MMC 103332

Pegawai perubatan berdaftar dengan pengalaman klinikal di Australia dan Malaysia serta minat dalam dermatologi, geriatrik, kesihatan lelaki dan pediatrik.

Kenali doktor
Kenali seluruh pasukan Primakasih

Rancang lawatan

Pilih cawangan yang mudah untuk anda.

Semak waktu, lokasi dan jadual doktor bersama pasukan sebelum datang.

Hantar satu mesej. Biar kami dengar dulu.

Team menyusun temujanji di Alor Setar atau Yan tanpa tekanan pakej.

Kecemasan? Hubungi 999 atau ke jabatan kecemasan hospital terdekat.