Penjagaan luka berterusan selepas meninggalkan klinik.
Panduan ringkas penjagaan dressing antara lawatan, soalan untuk doktor dan bila perlu mendapatkan bantuan di Yan atau Alor Setar.
Maklumat pesakit oleh Klinik Perubatan Primakasih
Ikut arahan bagi dressing anda.
Jenis luka dan balutan berbeza. Selepas rawatan, pastikan anda tahu siapa yang perlu menukar dressing dan bila. Jangan gunakan jadual orang lain sebagai jadual rawatan sendiri.
Pastikan balutan bersih dan kering.
Bagi luka kecil, balutan membantu melindungi luka. Basuh tangan sebelum mengendalikan balutan. Jika dressing basah, kotor, tertanggal atau dipenuhi cecair, ikut arahan yang telah diberikan atau hubungi pasukan yang merawat untuk langkah seterusnya.
Empat soalan sebelum pulang.
Minta penerangan yang anda dan penjaga boleh ikuti di rumah.
- Bila dan di mana dressing seterusnya perlu dilakukan?
- Bagaimana melindungi balutan semasa mandi?
- Apakah perubahan yang memerlukan penilaian segera?
- Siapa perlu dihubungi jika balutan bermasalah?
Luka kompleks memerlukan pelan individu.
Panduan asas luka kecil tidak menggantikan arahan khusus untuk ulser kaki diabetes, luka dalam atau luka selepas prosedur. Jangan memilih produk atau menukar pelan rawatan hanya berdasarkan gambar dalam showcase.
Rujukan & bacaan lanjut
Maklumat umum untuk membantu perbincangan dengan doktor. Pelan penjagaan ditentukan selepas penilaian individu; hasil dan tempoh penyembuhan berbeza.
Penilaian luka di Kedah
Pilih cawangan yang dekat dengan anda.
Primakasih Yan
3 & 4, Jalan 1, Taman Awana, 06900 Yan, Kedah
Setiap hari · 8 pagi–11 malam
Primakasih Alor Setar
237-GF, Lorong Peremba 1, Taman Anggerik 2, 05050 Alor Setar, Kedah
Sabtu–Khamis · 9 pagi–10 malam · Tutup Jumaat