Klinik panel PeKa B40
Saringan kesihatan percuma untuk warga 40 tahun ke atas
Primakasih ialah klinik panel PeKa B40. Jika anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan berdaftar yang berumur 40 tahun ke atas, anda layak saringan kesihatan PERCUMA di cawangan kami di Yan dan Alor Setar. Tak perlu daftar dahulu, cuma bawa MyKad. Ujian dijalankan oleh doktor berdaftar.
Setiap rawatan bermula dengan penilaian doktor
30 tahun · sejak 1996
2 cawangan · Kedah
Doktor berdaftar · MMC
Siapa yang layak
Dua syarat mudah untuk saringan percuma
PeKa B40 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Kesihatan / ProtectHealth). Anda layak jika memenuhi kedua-dua syarat ini:
Penerima STR atau pasangan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar.
Berumur 40 tahun ke atas
Saringan PeKa B40 adalah untuk warga berumur 40 tahun dan ke atas.
Tiada pendaftaran khas diperlukan. Bawa MyKad anda ke klinik, dan sistem PeKa B40 akan menyemak kelayakan anda secara terus. Selain PeKa B40, kami juga klinik panel PERKESO dan insurans — WhatsApp kami untuk sahkan lindungan sebelum datang.
Apa yang diliputi
Saringan kesihatan menyeluruh, tanpa kos
Saringan PeKa B40 di Primakasih dijalankan oleh doktor berdaftar dan merangkumi pemeriksaan serta ujian makmal berikut:
Pemeriksaan asas oleh doktor
Tinggi, berat & BMI, tekanan darah, dan pemeriksaan fizikal oleh doktor berdaftar.
Ujian darah
Saringan kencing manis (HbA1c), kolesterol (profil lipid), fungsi buah pinggang dan darah penuh.
Ujian air kencing
Pemeriksaan air kencing untuk membantu menilai kesihatan buah pinggang dan gula.
Saringan kesihatan mental
Soal selidik ringkas untuk menilai kesejahteraan mental anda.
Pemeriksaan lanjut bila perlu
Pemeriksaan payudara (wanita) atau pemeriksaan berkaitan, mengikut penilaian doktor.
Manfaat tambahan program
Bantuan alat perubatan, insentif rawatan kanser dan subsidi pengangkutan disediakan di bawah PeKa B40, tertakluk syarat program.
Cara mendapatkannya
Tiga langkah mudah
Mudah dan percuma. WhatsApp kami dahulu untuk elak menunggu, atau datang terus ke cawangan.
Pastikan anda layak
Penerima STR atau pasangan berdaftar, berumur 40 tahun ke atas. Bawa MyKad anda, tiada pendaftaran khas diperlukan.
Datang untuk saringan (lawatan pertama)
WhatsApp kami dahulu untuk elak menunggu. Doktor ambil sejarah kesihatan, buat pemeriksaan, serta ujian darah dan air kencing.
Dapatkan keputusan (lawatan kedua)
Doktor terangkan keputusan ujian anda dan beri rujukan jika perlu. Semua percuma di bawah PeKa B40.
Ulasan Google sebenar
Dipercayai 670+ keluarga di Kedah
“Great service. Cuci luka kencing manis nampak getting better. Doctor were kind & staff was very helpful. Highly recommend 👍🏻”
Eija Rizan
Cawangan Alor Setar
“I was here yesterday to get a treatment for my son. It was dusk time and I thought no clinic opened at that moment. To my surprise, when I got inside the clinic, it was spacious, cosy and stylish. The staff was friendly and helpful…”
Halwani Harun
Cawangan Yan
“I brought my mom for persistant unproductive cough and wound on foot. She got an excellent treatment. Well explanation and fully attentive Dr made our visit a very pleasant experience…”
Afiq Syaf
Cawangan Alor Setar
“Went first time for my daughter checkup. Nice looking clinic and doctor hasif explained really well.”
Faeiz Musa
Cawangan Alor Setar
“One of my favourite clinics. I must say their staffs are good in conducting their jobs and friendly. The doctors here are knowledgeable and happy to serve the patients accordingly.”
Farhan Zulkifli
Cawangan Yan
Yan
Yan, Kedah
4.8★ · 368 ulasan
Baca di Google →Alor Setar
Alor Setar, Kedah
5.0★ · 302 ulasan
Baca di Google →Soalan lazim
Soalan lazim
Siapa yang layak untuk PeKa B40?
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar, berumur 40 tahun ke atas. Kelayakan adalah automatik, tiada pendaftaran khas diperlukan.
Adakah ia betul-betul percuma?
Ya. PeKa B40 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (ProtectHealth). Tiada caj dikenakan untuk saringan kesihatan dan ujian makmal di bawah pakej ini.
Perlukah saya daftar dahulu?
Tidak. Kelayakan automatik untuk penerima STR yang layak. Anda cuma perlu bawa MyKad ke klinik.
Apa yang perlu saya bawa?
MyKad anda sahaja. Sistem PeKa B40 di klinik akan menyemak kelayakan anda.
Ujian apa yang termasuk?
Pemeriksaan fizikal, tekanan darah dan BMI, ujian darah (gula/HbA1c, kolesterol, fungsi buah pinggang, darah penuh), ujian air kencing, dan saringan kesihatan mental.
Boleh buat di cawangan mana?
Kedua-dua cawangan Primakasih: Yan dan Alor Setar, Kedah. Beritahu team kami cawangan pilihan anda semasa berhubung.
Kalau saya tak pasti saya layak?
Bawa MyKad anda ke klinik; sistem PeKa B40 akan menyemak kelayakan anda secara terus. Anda juga boleh menyemak status STR anda terlebih dahulu.
Bagaimana untuk mula?
Hantar satu mesej WhatsApp kepada kami. Team kami akan bantu susun lawatan saringan anda di cawangan Yan atau Alor Setar.
Mudah dan percuma
Bawa MyKad. Biar kami uruskan yang lain.
Jika anda layak PeKa B40, saringan kesihatan anda di Primakasih adalah percuma. WhatsApp kami untuk mula, atau datang terus ke cawangan Yan atau Alor Setar.
WhatsApp 011-3530 1469