Klinik Perubatan Primakasih menyediakan ujian kolesterol (profil lipid) di Yan dan Alor Setar, dengan penilaian oleh doktor berdaftar. Kolesterol tinggi selalunya tidak menunjukkan tanda, jadi pemeriksaan berkala membantu anda tahu keadaan sebenar lebih awal. Hubungi team kami melalui WhatsApp untuk pilihan yang tersedia dan untuk menempah masa.

Apa itu ujian kolesterol

Ujian kolesterol, atau profil lipid, menyemak paras lemak dalam darah anda. Ia membantu doktor menilai keadaan anda secara keseluruhan dan nasihatkan langkah seterusnya, tanpa janji hasil, kerana setiap individu berbeza. Ujian ini sering dibuat bersama saringan lain sebagai sebahagian pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Sebahagian "3 penyakit" yang biasa disaring bersama

Kolesterol sering disemak bersama kencing manis (gula darah) dan tekanan darah tinggi kerana ketiga-tiganya sering tidak menunjukkan tanda awal. Anda boleh buat ketiga-tiga saringan ini dalam satu lawatan. Lihat juga saringan kesihatan am.

Cawangan & waktu

Tersedia di Alor Setar dan Yan. Cawangan Yan buka setiap hari 8 pagi–11 malam, dan Alor Setar 9 pagi–10 malam (Sabtu hingga Khamis). Untuk persediaan sebelum ujian (contoh: sama ada perlu berpuasa), pilihan cawangan dan masa, lihat perkhidmatan kami atau WhatsApp team kami.